TK TakafulKita
Semakan perlindungan percuma

Mana satu yang anda risaukan?

Pilih satu. Isi beberapa maklumat asas. Saya semak dan hubungi anda sendiri — bukan pusat panggilan, bukan senarai pemasaran.

PercumaTiada ikatanKurang 1 minit

Langkah 1 / 3
Pilih yang berkaitan dengan anda. Boleh pilih lebih daripada satu.

Pilih sekurang-kurangnya satu dulu.

Selepas anda hantar

Tiada kejutan. Ini urutannya.

Dari mesej masuk sampai keputusan di tangan anda.

  1. Saya terima dan semak

    Maklumat asas anda masuk terus ke WhatsApp saya. Saya baca sendiri.

  2. Saya hubungi anda

    Ringkas sahaja — untuk faham keadaan anda dan cari masa yang sesuai.

  3. Sesi dalam talian 10 minit

    Kita buka angka anda bersama di skrin. Anda nampak setiap andaian terbentuk dan boleh ubah mana yang tak tepat. Perlindungan perniagaan ambil lebih kurang setengah jam.

  4. Keputusan di tangan anda

    Kalau sesuai, saya hantar pautan permohonan. Kalau tidak, angka yang kita hasilkan tetap milik anda. Tiada susulan yang mengganggu.

Kes sebenar

Bukan contoh rekaan

RM165,399

Klien menyertai pada Jun 2023 pada RM102 sebulan. Tiga minggu kemudian — kemalangan motosikal, ICU. Bil akhir RM166,186.45. Takaful menanggung RM165,399. Klien membayar RM787.45 dari poket sendiri.

RM545,627

Satu caruman sebanyak RM181 telah dibuat. Jumlah inilah yang diterima oleh waris.

RM831,487

Empat bulan caruman pada RM100 sebulan. Jumlah inilah yang diterima oleh waris.

Nama dan dokumen disimpan sulit atas permintaan famili. Setiap tuntutan tertakluk pada terma sijil masing-masing — angka ini bukan jaminan hasil untuk kes lain.

Penasihat anda

Siapa yang akan hubungi anda

ZY
Mohd Zulhafidz Yahaya Senior Wealth Planner · Perancang kewangan takaful berlesen di bawah Prudential BSN Takaful Berhad
MDRT 2025 Risk Management & Wealth Advisor S2400060 / 3038651
  • Berkod sejak Januari 2023, berpangkalan di Sungai Petani, Kedah — melayani seluruh Malaysia dalam talian
  • Paris Starclubber 2024 · NAAPN Green Horn 2024 · Top 10 MTA Rookie 2023
  • Membina Meja Closing, sistem perancangan yang kini digunakan oleh ejen takaful di seluruh negara

Saya nyatakan terus terang: saya seorang ejen berlesen, bukan portal perbandingan bebas. Semakan ini percuma dan tiada ikatan — angka yang kita hasilkan bersama milik anda.

Soalan lazim

Yang selalu ditanya

Betul ke percuma?

Semakan dan sesi dalam talian percuma, tiada syarat. Saya dibayar komisen hanya jika anda akhirnya memilih untuk menyertai satu pelan melalui saya — keputusan itu milik anda sepenuhnya.

Kenapa tak letak kalkulator penuh terus di sini?

Sebab angka tanpa penerangan selalunya mengelirukan, dan kadang menakutkan orang tanpa sebab. Dalam sesi 10 minit kita buka angka itu bersama — anda nampak dari mana setiap nombor datang dan boleh tanya terus.

Saya kena bayar berapa sebulan?

Belum boleh dijawab dari laman ini, dan sesiapa yang beri angka tanpa tahu umur serta kesihatan anda sedang meneka. Hantar maklumat asas, saya sediakan sebut harga sebenar — percuma.

Maklumat saya selamat?

Laman ini tidak menghantar apa-apa ke mana-mana pelayan. Butang terakhir membuka WhatsApp di telefon anda dengan mesej yang sudah siap — anda baca dan edit dulu sebelum hantar. Mesej itu datang kepada saya sahaja.

Saya dah ada sijil takaful. Masih berguna?

Berguna, malah selalunya paling berguna untuk orang yang dah ada. Perlindungan yang dibeli lapan tahun lalu diukur dengan kos hidup lapan tahun lalu. Kita semak sama ada ia masih mencukupi.

Anda ejen takaful, bukan pencari perlindungan?

Laman ini untuk famili dan pemilik bisnes. Kalau anda ejen dan mahu alat untuk duduk dengan prospek dan kira bersama mereka, itu Meja Closing.

mejaclosing.com →