TK TakafulKita
Perlindungan Diri, Pendapatan atau Perniagaan dan Generasi Anda Seterusnya

TakafulKita untuk diri anda, perniagaan anda, generasi anda, dan apa yang anda ingin bina untuk masa depan.

Pilih apa yang anda risaukan. Tandakan risiko anda, isi beberapa maklumat asas, dan dapatkan analisis risiko percuma. Saya semak dan hubungi anda sendiri. Bukan pusat panggilan, bukan senarai pemasaran.

Zulhafidz dan isteri melawat klien di wad hospital semasa proses tuntutan
RM165,399 Satu tuntutan sebenarBil hospital RM166,186. Ini jumlah yang takaful tanggung.
Perlindungan Diri
Pendapatan & Hibah
Duit sampai terus kepada yang anda namakan, tanpa menunggu pusaka.
Kad Perubatan
Bil Hospital
Satu kemasukan ICU boleh cecah enam angka dalam beberapa hari.
Sakit Kritikal
Masa Pemulihan
Rawatan ambil 12 hingga 24 bulan. Majikan tidak menunggu selama itu.
Perniagaan
Jaminan & Rakan Kongsi
Hutang syarikat dijamin atas nama anda. Ia berpindah, bukan hilang.

Langkah 1 / 3
Pilih yang berkaitan dengan anda. Boleh pilih lebih daripada satu.

Pilih sekurang-kurangnya satu dulu.

Selepas anda hantar

Tiada kejutan. Ini urutannya.

Dari mesej masuk sampai keputusan di tangan anda.

  1. Saya terima dan semak

    Maklumat asas anda masuk terus ke WhatsApp saya. Saya baca sendiri.

  2. Saya hubungi anda

    Ringkas sahaja, untuk faham keadaan anda dan cari masa yang sesuai.

  3. Sesi dalam talian 10 minit

    Kita buka angka anda bersama di skrin. Anda nampak setiap andaian terbentuk dan boleh ubah mana yang tak tepat. Perlindungan perniagaan ambil lebih kurang setengah jam.

  4. Keputusan di tangan anda

    Kalau sesuai, saya hantar pautan permohonan. Kalau tidak, angka yang kita hasilkan tetap milik anda. Tiada susulan yang mengganggu.

Kes sebenar

Bukan contoh rekaan

RM165,399

Klien menyertai pada Jun 2023 pada RM102 sebulan. Tiga minggu kemudian: kemalangan motosikal, ICU. Bil akhir RM166,186.45. Takaful menanggung RM165,399. Klien membayar RM787.45 dari poket sendiri.

RM545,627

Satu caruman sebanyak RM181 telah dibuat. Jumlah inilah yang diterima oleh waris.

RM831,487

Empat bulan caruman pada RM100 sebulan. Jumlah inilah yang diterima oleh waris.

Nama dan dokumen disimpan sulit atas permintaan famili. Setiap tuntutan tertakluk pada terma sijil masing-masing. Angka ini bukan jaminan hasil untuk kes lain.

Mohd Zulhafidz Yahaya
Penasihat anda

Mohd Zulhafidz Yahaya

MDRT 2025 Senior Wealth Planner S2400060 / 3038651

Membantu keluarga dan pemilik perniagaan di Malaysia merancang perlindungan, perwarisan dan kesinambungan, supaya apa yang dibina sampai kepada orang yang sepatutnya, dengan cepat dan jelas.

Anugerah MDRT 2025
MDRT 2025Million Dollar Round Table
PRU Service Mark 2024
PRU Service Mark 2024RM23,679,000 jumlah perlindungan
PRU Service Mark 2023
PRU Service Mark 2023RM27,488,000 jumlah perlindungan

Saya nyatakan terus terang: saya seorang ejen berlesen, bukan portal perbandingan bebas. Analisis di laman ini percuma dan tiada ikatan.

Soalan lazim

Yang selalu ditanya

Betul ke percuma?

Semakan dan sesi dalam talian percuma, tiada syarat. Saya dibayar komisen hanya jika anda akhirnya memilih untuk menyertai satu pelan melalui saya. Keputusan itu milik anda sepenuhnya.

Saya kena bayar berapa sebulan?

Belum boleh dijawab dari laman ini, dan sesiapa yang beri angka tanpa tahu umur serta kesihatan anda sedang meneka. Hantar maklumat asas, saya sediakan sebut harga sebenar, percuma.

Maklumat saya selamat?

Laman ini tidak menghantar apa-apa ke mana-mana pelayan. Butang terakhir membuka WhatsApp di telefon anda dengan mesej yang sudah siap. Anda baca dan edit dulu sebelum hantar. Mesej itu datang kepada saya sahaja.

Saya dah ada sijil takaful. Masih berguna?

Berguna, malah selalunya paling berguna untuk orang yang dah ada. Perlindungan yang dibeli lapan tahun lalu diukur dengan kos hidup lapan tahun lalu. Kita semak sama ada ia masih mencukupi.

Anda ejen takaful, bukan pencari perlindungan?

Laman ini untuk famili dan pemilik bisnes. Kalau anda ejen dan mahu alat untuk duduk dengan prospek dan kira bersama mereka, itu Meja Closing.

mejaclosing.com →